Breaking News
Loading...

Recent Post

Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts
24 September 2011
no image

meluahkan perasaan anda untuk si dia








Rancang dengan Matang – Anda perlu strategi dan latihan dalam segala aspek apabila mahu mengatakan cinta pada si dia. Untuk mengungkapkan cinta tidak boleh sebarangan, sebaliknya lihat tempat dan waktu yang sesuai. Jangan seberbuat demikian ketika dia ada tetamu.
Kenali  Dia Lebih Dekat – Hal ini penting supaya anda tidak kecewa pada saat menuturkan rasa cinta yang membara itu. Jika yakin anda akan diterima, jangan ragu-ragu.
Ungkapkan Cinta dengan Sesuatu – Ungkapan cinta tidak hanya dengan ucapan, tetapi seharusnya ada elemen lain, misalnya, selitkan bersama sesuatu yang amat digemarinya. Jika anda lelaki, berikan si gadis bunga mawar atau cincin, kerongsang. Jika anda perempuan, cukup dengan senyuman dan kata cinta.
Cari Waktu dan Tempat Yang Sesuai – Waktu paling tepat untuk mengatakan cinta ialah ketika saat terluang atau hari bersantai. Pilih tempat yang kundusif dan romantik.
Ungkapkan Cinta secara Langsung – Si dia akan lebih menghargai jika anda berbicara secara langsung. Jangan mengatakan cinta melalui perantara seperti teman, telefon, surat atau e-mel.
Siapkan Minda – Ini juga perkara paling penting supaya semua rancangan tidak tergendala di tengah jalan. Jangan sampai suara tidak terkeluar atau berpeluh ketika mengucapkan kata cinta.
Doa – Perkara ini adakalanya dilupakan atau kadangkala dianggap remeh. Dengan berdoa, rancangan anda lebih membawa keberkatan. Jika ditolak, biarkan saja dan anda harus pasrah atau reda.
cara memujuk orang yang sedang merajuk

cara memujuk orang yang sedang merajuk




Seringkali orang merajuk kerana dia kecil hati disebabkan orang lain tidak mengindahkannya. Sama ada orang tidak memuliakannya dengan memberikannya satu kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak menerima pandangannya, ataupun tidak menunaikan permintaannya. Penyakit merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja. Tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak kira tua atau pun muda. Orang yang besar atau pun kecil. Anak boleh merajuk dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak. Merajuk berlaku bila hatinya marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tidak ada kuasa, ataupun mungkin kerana beranggapan yang marah-marah itu satu sikap yang lebih tidak baik, marahnya pun tidak dilepaskan. Sebaliknya, dia mengalihkan marahnya kepada merajuk. Dengan merajuk, orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun dia sekadar mendiamkan diri sahaja.
Kenapa Merajuk?
Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab:
1. Cemburu. Ini merupakan faktor utama kenapa si dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.
2. Tidak Dapat Apa Yang Diinginkan. Si dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya.
3. Orang Lain Lebih Hebat Dari Dia. Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Kadangkala, si dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaannya, dia perlukan anda di samping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.
Bagaimana Nak Pujuk?
1. Terangkan Perkara Sebenar. Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar,  ia dapat mengeratkan perhubungan kerana anda mengambil berat tentang hal si dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia..
2. Bertolak-ansur dan Bijak Dalam Membuat Keputusan. Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda harus bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.
3. Ucapkan Kata-Kata “manis”. Dia sedang merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manja” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat lain anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis.
4. Nyanyikan Lagu Buatnya. Pernahkah anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Apabila dia mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.


wah mesti  korang ni romantikan...pekara biasalah tu kalau ada yang merajuk...
no image

cara menghilankan mengantuk ketika belajar


1. Pasang Niat – Untuk apa anda belajar, kenapa pula anda belajar? Bila semua ini anda telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda anda bahawa anda mesti belajar untuk menggapai matlamat anda itu. Tidak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya bukanlah masalah.
2.Belajar dalam jangka waktu yang pendek – Ini penting. Selepas 1 jam seeloknya, berhenti sekejap. Kalau 30 minit sudah rasa penat pun tidak mengapa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. Baca novel-novel, komik-komik, main game pun tak apa, asal anda mendapat semula semangat study anda. Amalkan tabiat begini selalu, dan anda akan rasa anda tidak akan jemu untuk menelaah buku-buku pelajaran anda.
3.Dapatkan tidur yang cukup – Ramai yang terlepas pandang mengenai hal ini. Tidak ada gunanya menelaah berjam-jam tetapi hasilnya sama saja dengan mereka yang menelaah hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tidak sama dengan mereka yang belajar, tetapi tiada kualiti. Jika inginkan kualiti masa belajar, pastikan anda benar-benar segar dan cergas semasa belajar. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Ingat, tidur yang sempurna juga merupakan salah satu strategi untuk anda berjaya di dalam pelajaran.
4. Minum Air Masak (kosong) – Jadikan amalan minum air masak sebagai amalan harian. Makan buah-buahan  selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja anda. Air ini akan membantu anda jadi penenang apabila anda gelisah. Jadikanlah ia suatu amalan dalam hidup anda, agar anda berasa lebih cergas dan lebih sihat dalam urusan harian.



sumber: http://www.epetua.com

Quick Message
Press Esc to close
Copyright © 2013 daus10 All Right Reserved